Sunday, 17 March 2013

Kolej Komuniti Mengupaya Golongan OKU

Oleh : Zaitoon Ibrahim

Mulai tahun 2013 Kolej Komuniti akan menawarkan Sijil Kolej Komuniti Kemahiran Khas untuk kumpulan kurang upaya di Malaysia. Sebagai permulaan Kolej Komuniti akan memeberi tempat kepada  pelajar berkeperluan khas (bermasalah pembelajaran).

Semasa melancarkan program Sijil Kemahiran Khas OKU Kolej Komuniti dalam Majlis Pelancaran Pemerkasaan Kolej Komuniti baru-baru ini di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak,  Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin menyatakan ‘Kolej Komuniti adalah institusi contoh yang benar-benar menjiwai semangat 1Malaysia apabila membuka programnya kepada semua lapisan rakyat Malaysia tanpa batasan’.

Program Kemahiran Khas yang dipakej semula ini, selaras dengan amanat tahun baharu 2013 Menteri Pengajian Tinggi yang mengatakan ‘sesiapa sahaja boleh melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti hanya dengan kelulusan minima satu kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).’

Ia adalah kelangsungan dari kejayaan program sama yang telah dijalankan di Kolej Komuniti Selayang sejak tahun 2008. Justeru itu  langkah untuk meluaskan lagi program kemahiran diwujudkan untuk membolehkan Kolej Komuniti meluaskan akses pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kepada pelajar kelainan upaya pembelajaran lemah pembelajaran (learning disables), melalui kerjasama dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lima buah kolej Komuniti baharu yang telah dipilih untuk program Kemahiran Khas ialah:
  1. Kolej Komuniti Bayan Baru bagi Sijil Kolej Komuniti (Asas Pastri);
  2. Kolej Komuniti Sungai Siput bagi Sijil Kolej Komuniti (Asas Teknologi Maklumat) ;
  3. Kolej Komuniti Paya Besar bagi Sijil Kolej Komuniti (Asas Fotografi);
  4. Kolej Komuniti  Jelebu bagi Sijil Kolej Komuniti (Asas Pemprosesan Makanan);
  5. Kolej Komuniti  Kuching bagi Sijil Kolej Komuniti (Asas Jahitan Kreatif).
Sementara Kolej Komuniti Selayang akan meneruskan kursus Sijil Kolej Komuniti (Asas Kulinari) untuk pelajar bermasalah pembelajaran , masalah penglihatan dan masalah pendengaran
 
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan, mengambilkira keperluan mereka dengan matlamat menjadikan mereka insan yang mempunyai kehidupan yang bermakna, individu yang berdikari dan warganegara yang menyumbang ke arah kemajuan negara. Selain pelajar-pelajar ini akan dilatih menggunakan kurikulum yang digubal khas dan akan dianugerahkan Sijil Khas Kolej Komuniti setelah memenuhi syarat-syarat program pengajian yang ditetapkan.

Bagi maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti yang berkaitan dengan program khas ini, boleh layari www.jpkk.edu.my .

4 comments:

  1. Ada cadangan supaya Kolej Komuniti kawasan parlimen di Ibu Negeri perlu menawarkan semua kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti. Alasannya penduduk ramai di kawasan tersebut dan segala jenis pekerjaan (berkaitan lulusan sijil-sijil berkenaan) terdapat di kawasan Ibu Negeri berkenaan;

    2. Ada cadangan setiap Kolej Komuniti diadakan asrama bagi menempatkan pelajar baru melapor diri yang datang dari daerah lain atau dari negeri lain. Hal ini boleh mengelakkan pelajar baru mendaftar @ melapor diri menarik balik keputusan beliau untuk belajar.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Satu usaha yang murni dibuat oleh Kolej Komuniti. Saya dari Mydin Retail Academy (MYRA) amat berminat mengetahui lebih lanjut tentang kursus & modul yang ditawarkan kepada OKU (LD). Kamu juga menawarkan pekerjaan kepada golongan ini. Diharapkan satu pertemuan dapat dibuat untuk berbincang lebih lanjut tentang OKU (LD). boleh hubungi saya di no.0380706000 (7070) atau email ahmad.yaacob@mydin.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas minat yang ditunjukkan oleh pihak tuan terhadap graduan sijil khas kolej komuniti. Usul ini akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan dan kami akan berhubung dengan pihak tuan secepat mungkin.

    ReplyDelete