MASJID TANAH, 10 MAC
2013 – Yang Berhormat
Datuk Wira Abu Seman bin Yusop Ahli Parlimen Masjid Tanah telah menghadiri
program Jom Gegau! Karnival Mesra Komuniti 2013 anjuran Kolej Komuniti Masjid
Tanah, Melaka, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Pejabat Ahli
Parlimen Masjid Tanah dan turut serta agensi kerajaan yang terlibat sepeti
Jabatan Penerangan Melaka, Kemas, Jabatan Perpaduan, MPAG dan juga Pejabat
Pelajaran Daerah bertempat di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan seterusnya beliau
telah merasmikan Program Jom Gegau!Karnival Mesra Komuniti 2013 pada jam 9.30
pagi. Turut hadir bersama ialah Y.B Datuk Kapt Hj Ab Karim bin Haji Sulaiman
(B) ADUN Kawasan Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Penasihat Kolej, Yang
Berhormat Tuan Haji Amiruddin bin Yusop ADUN Kawasan Ayer Limau, Wakil Ketua
Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan juga Encik Hassan bin Mohd
Sharif Pengarah Kolej Komuniti Masjid Tanah serta Puan Nur Azemah bt Aminudin Pegawai
Kaunseling Kolej Komuniti Masjid Tanah selaku Pengarah Program tersebut.
Objektif penganjuran program ini oleh Kolej Komuniti Masjid Tanah ini ialah
memberi maklumat yang tepat mengenai peranan kolej komuniti masjid tanah kepada
komuniti Parlimen Masjid Tanah. Program sebegini juga memberi impak yang besar
khususnya kepada pihak kolej kerana ,pensyarah dan para pelajar kolej telah
memberi khidmat masyarakat kepada penduduk komuniti masjid tanah melalui
program-program kursus pendek sepert kursus hiasan cupcake, kursus asas jahitan
manik, Kursus blog, kursus glass panting dan lain-lain khusus untuk golongan
surirumah dan dewasa. Selain itu, bagi kanak-kanak pula kolej komuniti juga
telah mengadakan pertandingan mewarana bagi kategori umur yang melibatkan
kanak-kanak prasekolah sekitar masjid tanah.
Bagi menarik golongan muda menyertai program ini,
pihak kolej telah menyediakan beberapa program untuk merka antaranya motivasi
pelajar oleh Imam Muda Najdi dan Kumpulan Devotees yang merupakan penampilan
istimewa dalam program ini. Selain itu pihak kolej juga menyediakan aktiviti
seperti temuduga terbuka, pendaftaran job online Malaysia, pameran oleh instusi
pengajian tinggi sekitar negeri Melaka, Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan
Malaysia, Pergerakan Puteri UMNO Masjid Tanah, Perpustakaan Negara dan juga
pemeriksaan kesihatann percuma oleh Poliklinik Masjid Tanah. Program ini juga
turut diseriakan dengan gunting rambut bagi wanita dan lelaki hanya RM 2
sahaja.
Di Sebelah petang pula telah diadakan acara
perasmian penutup oleh Y.B
Datuk Kapt Hj Ab Karim bin Haji Sulaiman (B) ADUN Kawasan Tanjung Bidara
merangkap Pengerusi Penasihat Kolej. Semasa acara penutup telah di sampai
beberapa hadiah kepada para peserta yang bertanding antaranya pertandingan
mewarna, cabutan bertuah dan juga sijil penyertaan kursus-kursus pendek yang
telah dijalankan. Majlis program ini telah berakhir pada jam 5.00 petang
No comments:
Post a Comment