Oleh: Zaitoon Ibrahim
Sambutan hari belia negara kali ini disambut meriah melalui
Karnival Belia Putrajaya 2013 yang berlangsung di Presint 2 – 4 pada 23 hingga
26 Mei 2013. Kolej Komuniti turut tidak ketinggalan meraikan hari belia. Melalui
kerjasama dengan Politeknik telah membuka booth Serlahkan Potensi Dirimu @ Politeknik dan Kolej Komuniti.
Di booth tersebut belia diperkenalkan dengan program dan
aktiviti yang dijalankan di Kolej Komuniti dan Politeknik. Lebih menarik
pelbagai demonstrasi dijalankan antaranya ialah demo masakan, fotografi,
miniature garden, penyediaan minuman cocktail dan CPR.
Hantu pocong hasil solekan dari Kolej Komuniti Kota Melaka yang sentiasa mencuri perhatian pengunjung di booth JPKK & JPP |
Booth Kecantikan yang diisi oleh Kolej Komuniti Tampin dan Kota Melaka menarik perhatian pengunjung kerana menawarkan perkhidmatan menggunting rambut dan solekan pada harga berpatutan. |
Demo lukisan sebagai hiasan dalaman oleh Kolej Komuniti Shah Alam, turut mencuba ialah staff JPKK yang teruja mengecat bongkah hiasan di Motherbooth JPKK. |
Booth Serlahkan potensi dirimu juga diceriakan dengan
kehadiran beberapa selebriti ternama tanahair seperti Dato’ Fazley Yaakub, Ikon
Skuad Inspirasi Kolej Komuniti, Pn Farah Adeeba pengacara TV dan pemilik Butik
Najjah dan Didie Alias pemenang Artis Komedi
Wanita Paling Popular 2012.
![]() |
Hidangan yang disediakan oleh Ikon Skuad Inspirasi, Dato' Fazley Yaakob sempena dengan Festival Belia Putrajaya 2013 |
Didie Alias turut hadir memeriahkan booth JPKK & JPP sebagai MC, dengan celoteh bersahaja beliau berjaya menerik ramai pengunjung., |
Farah Adeeba turut berkongsi kaedah memakai tudung dan menatarias wajah . |
Turut hadir ialah tukang masak terkenal negara iaitu Master
Chef Zubir Md Zain dan Chef Syukor Rahim dari Kumpulan Chef Connection Kolej
Komuniti Selayang. Chef Connection ialah kumpulan
yang menghimpunkan chef-chef ternama tanahair yang terlibat secara aktif membantu pelajar-pelajar program kulinari dan pastri di kolej komuniti selayang.
yang menghimpunkan chef-chef ternama tanahair yang terlibat secara aktif membantu pelajar-pelajar program kulinari dan pastri di kolej komuniti selayang.
![]() |
Chef Shukor bergambar kenangan bersama hasil demo ukiran buah, turut kelihatan ialah pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar En Ishanuddin dan pensyarah dari Kolej Komuniti Selayang. |
Chef Zubir di interview oleh Didie Alias ketika melakukan demo food platter di pentas utama. |
Selain itu untuk pelbagai persembahan kebudayaan dijalankan
dipentas utama antaranya ialah
persembahan kumpulan CangKool dari Kolej Komuniti Hulu Langat kumpulan
ini mempersembahkan muzik jalanan Cajun Drum, Tarian tradisional dari Kolej
Komuniti Kuala Langat, Persembahan teater dan percussion dari Kolej Komuniti
Selayang. Turut diadakan persembahan nyanyian dari pelajar-pelajar Politeknik
Sultan Azlan Shah dan persembahan tarian dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Pelajar IKBN turut tertarik untuk mencuba Cajun Drum KKHL. |
No comments:
Post a Comment