Sunday, 17 March 2013

Jom Masuk U Kuantan Pahang

Oleh: Abdul Razak Ismail
Gambar: FB Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Pada 16 Mac hingga 17 Mac 2013, Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Karnival Pengajian Tinggi Negara atau lebih dikenali sebagai Karnival 'Jom Masuk U' bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Hotel Zenith, Kuantan, Pahang.

Program ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para pengunjung memperolehi maklumat terkini mengenai tawaran tempat belajar di IPTA dan IPTS di negara ini. Program yang mula beroperasi se awal jam 8.30 pagi itu berakhir pada jam 6.00 petang.

En Anas, menerangkan tentang produk terbaru JPKK, iaitu CCSmart - inovasi dalam pengambilan pelajar melalui atas talian.
 
Kolej Komuniti seluruh Negeri Pahang, turut mengambil bahagian dengan mengadakan aktiviti pameran, demonstrasi program kursus dan penerangan mengenai kursus yang ditawarkan kepada para pengunjung.

Demo ukiran buah yang dibuat oleh salah seorang pensyarah dari Kolej Komuniti Kuantan.

 Dato' Fazley Yaakob, Ikon Skuad Inspirasi Kolej Komuniti, turut hadir ke booth Kolej Komuniti untuk membuat demo masakan dan memberikan motivasi kepada pengunjung selain memberikan maklumat mengenai kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti seluruh Negara.

Dato; Fazley semasa membuat demo masakan.

Ikon Skuad Inspirasi bertanya soalan kepada salah seorang pelajar yang berkunjung di booth Kolej Komuniti.

Dianggarkan tiga ribu orang telah berkunjung ke gerai Kolej Komuniti. Ada di antara mereka, terus mengisi borang maklumat peribadi, manakala selainnya ingin mendapat maklumat mengenai kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti.


Antara orang ramai yang mengunjungi booth Kolej Komuniti di KPTN Kuantan.
 
17 Mac 2013

No comments:

Post a Comment