Sunday, 2 June 2013

Ringkasan: Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015

Kredit: Buku Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015
           dan FB Jabatan Pengajian Kolej Komuniti



Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015 merupakan satu komitmen bagi memperkukuh asas yang telah lama diperkenalkan , dipupuk dan dibina oleh kolej komuniti. Ianya berfokus kepada enam teras untuk memacu kemajuan kolej komuniti dengan memantap dan menambahbaik kualiti penyampaian dan perkhidmatan kolej komuniti sebagai penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang utama di Malaysia.


Ia adalah dokumen yang disediakan bagi menjelaskan hala tuju dan peranan Jabatan Pengajian Kolej Komunti serta warga kolej komuniti bagi tempoh 3 tahun dari sekarang dan akan digunakan sebagai garis panduan utama bagi perancangan dan perlaksanaan program. Teras yang telah dikenalpasti bertujuan memperkasa kolej komuniti dalam penyediaan menghadapi pelbagai scenario dan cabaran masa hadapan yang tidak menentu.


Menyedari persaingan, cabaran dan aspirasi yang sentiasa meningkat dan seiring dengan transformasi pendidikan dan dasar-dasar negarasepertimana yang terdapat di dalam pelan strategic Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Progran Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baaru Ekonomi (MBE) dan Rancangan MalaysiaKe-10 (RMK10), teras pemerkasaaan kolej komuniti adalah untuk memertabatkan kolej komuniti sebagai institusi TVET yang disegani dan dihormati serta relevan dalam memainkan peranan penting untuk melonjakan Malaysia ke arah negara maju.

 


No comments:

Post a Comment