Oleh : Norfazilah binti Soid
Pameran Pendidikan Malaysia “NAPEI 2013” telah berlangsung pada 1 & 2 Jun 2013 (Sabtu dan Ahad) 11:00-6:00 petang di Mid Valley, Kuala Lumpur. Pameran ini dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI) dan diuruskan oleh StudyMalaysia Exhibition Sdn Bhd.

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti mengambil peluang tersebut untuk mengadakan pameran dan demonstrasi untuk mempromosikan Kolej Komuniti kepada pengujung. Pegawai dari Kolej Komuniti Klang dan Kolej Komuniti Raub turut membantu dalam menjayakan pameran ini. Pelbagai aktiviti menarik telah di jalankan di Booth pameran JPKK antaranya adalah demonstrasi sulaman riben, jahitan felt craft, aurasma dan kaedah permohonan melalui talifon pintar “CCSMART”.
No comments:
Post a Comment