Tuesday, 26 February 2013

5S – ke arah mewujudkan persekitaran yang Selesa, Bersih dan Selamat.


Oleh : CHARLES SIGAT AK ASSON

Pada 20 dan 21 Februari 2013 lepas, pihak Kolej Komuniti Pasir Salak telah menjemput Encik Zakaria bin Mohamed dari Al Imtiaz Venture, seorang  penceramah selaku Jurulatih 5s.  Apa itu 5s? 5s merupakan konsep persekitaran kerja yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti yang diamalkan di Negara Jepun. Dalam bahasa Jepun 5s ialah Seiri, Seiton, Shitsuke, Seiketsu dan Seiso. Dalam bahasa yang mudah  5S ialah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.  Kursus selama dua hari tersebut telah mendedahkan prinsip serta aplikasi amalan 5S.  Rata-rata semua staf yang terlibat memang tidak sabar untuk mendalami sistem 5S tersebut.

Lawatan penanda aras di Kolej Komuniti Kuala Langat yang telah menerima Sijil 5S

Pada 5 Februari 2013 lepas, seramai tiga puluh lapan orang staf Kolej Komuniti Pasir Salak telah membuat lawatan ke Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor. Lawatan ke KKKL merupakan program Penanda-Aras (Benchmark) 5S, kerana Kolej Komuniti Kuala Langat telah mendapat pengiktirafan  dalam melaksanakan dengan jayanya amalan 5s di kolej berkenaan.

Amalan 5S akan dilaksanakan berperingkat.  Bagi 5S Fasa 1 ia itu SISIH, telah mula dilaksanakan.  Jadi Kenapa 5S perlu dilaksanakan?  Kepentingan 5s adalah usaha untuk menambahbaikan sistem kerja dalam organisasi. Sepertimana kita sedia maklum, persaingan global mendorong kepada strategi perniagaan yang memberi tumpuan kepada aspek memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.

Perubahan tahap kepuasan pelanggan dan dorongan kepada barangan dan perkhidmatan yang berkualiti.  Pihak organisasi moden pula perlu menambahbaik perkhidmatan secara berterusan serta berinovasi.  Penekanan kepada pengurangan kos dalam setiap operasi perniagaan menjadi tumpuan mana-mana syarikat atau organisasi.  Setiap organisasi moden perlu melaksanakan program-program produktiviti dan kualiti yang diperlukan dengan lebih berkesan dan efektif.



Sistem amalan 5S merupakan sebahagian daripada amalan kerja yang diketengahkan demi meningkatkan produktiviti seperti TQM, MS-ISO, KIK dan sebagainya.   Tetapi sistem amalan 5S memberi tumpuan kepada persekitaran tempat kerja yang selesa, bersebih dan juga selamat. Dengan demikian, pihak KKPS amat berharap agar semua staf dan pelajar akan menjayakan amalan 5S yang murni ini.



1 comment: