![]() |
Adik Ooin Chian Jian disambut ketika pulang dari Leipzig Jerman. |
Walaupun tanpa kilauan pingat emas, perak atau gangsa, kejayaan adik Ooi Chian Jian wakil Malaysia dalam pertandingan world Skills Competion di Leipzig Jerman tetap membanggakan. Kemampuan beliau membawa pulang medal of excellent dan menduduki tempat ke lapan dari 26 buah negara bertanding dan yang terbaik dikalangan wakil negara ASEAN.
Langkah beliau bermula dengan kejayaan meraih pingat perak pada Asean Skills Competition pada 2012 di Jakarta sekaligus melayakan beliau mewakili negara pada WSC 2013. Kejayaan ini memberikan suntikan semangat dan membuktikan yang cabaran Malaysia di pertandingan antarabangsa seperti ini bukan sekadar mengisi kuota.
Lebih membanggakan lagi beliau adalah graduan yang dilahirkan oleh Kolej Komuniti Langkawi Kedah. Sekalung tahniah diucapkan dari warga kolej komuniti. Anda hebat #KKHebat.
![]() |
Majlis pengalungan medal kepada pada pemenang. |