Oleh : CHARLES SIGAT AK ASSON
Pada 20 dan 21 Februari 2013 lepas, pihak
Kolej Komuniti Pasir Salak telah menjemput Encik Zakaria bin Mohamed dari Al
Imtiaz Venture, seorang penceramah
selaku Jurulatih 5s. Apa itu 5s? 5s
merupakan konsep persekitaran kerja yang bertujuan untuk meningkatkan
produktiviti yang diamalkan di Negara Jepun. Dalam bahasa Jepun 5s ialah Seiri,
Seiton, Shitsuke, Seiketsu dan Seiso. Dalam bahasa yang mudah 5S ialah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa
amal. Kursus selama dua hari
tersebut telah mendedahkan prinsip serta aplikasi amalan 5S. Rata-rata semua staf yang terlibat memang
tidak sabar untuk mendalami sistem 5S tersebut.
![]() |
Lawatan penanda aras di Kolej Komuniti Kuala Langat yang telah menerima Sijil 5S |
Pada 5 Februari 2013 lepas, seramai
tiga puluh lapan orang staf Kolej Komuniti Pasir Salak telah membuat lawatan ke
Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor. Lawatan ke KKKL merupakan program Penanda-Aras
(Benchmark) 5S, kerana Kolej Komuniti Kuala Langat telah mendapat
pengiktirafan dalam melaksanakan dengan
jayanya amalan 5s di kolej berkenaan.
Amalan 5S akan dilaksanakan
berperingkat. Bagi 5S Fasa 1 ia itu SISIH, telah mula dilaksanakan. Jadi Kenapa 5S perlu dilaksanakan? Kepentingan 5s adalah usaha untuk
menambahbaikan sistem kerja dalam organisasi. Sepertimana kita sedia maklum,
persaingan global mendorong kepada strategi perniagaan yang memberi tumpuan
kepada aspek memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
Perubahan tahap kepuasan pelanggan dan
dorongan kepada barangan dan perkhidmatan yang berkualiti. Pihak organisasi moden pula perlu menambahbaik
perkhidmatan secara berterusan serta berinovasi. Penekanan kepada pengurangan kos dalam setiap
operasi perniagaan menjadi tumpuan mana-mana syarikat atau organisasi. Setiap organisasi moden perlu melaksanakan
program-program produktiviti dan kualiti yang diperlukan dengan lebih berkesan
dan efektif.
Sistem amalan 5S merupakan sebahagian
daripada amalan kerja yang diketengahkan demi meningkatkan produktiviti seperti
TQM, MS-ISO, KIK dan sebagainya. Tetapi
sistem amalan 5S memberi tumpuan kepada persekitaran tempat kerja yang selesa,
bersebih dan juga selamat. Dengan demikian, pihak KKPS amat berharap agar semua
staf dan pelajar akan menjayakan amalan 5S yang murni ini.