Sunday, 13 January 2013

Perancangan Aktiviti Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Bagi Tahun 2013

Oleh : Zaitoon Ibrahim

Damansara, 13 Jan 2013, Ahad.

Bertempat di Eastin Hotel Kuala Lumpur satu mesyuarat untuk merencara aktiviti Jabatan Pengajian Kolej Komuniti untuk sepanjang tahun 2013. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, En Amir Bin Md Noor. Turut menghadiri sebagai tetamu kehormat ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Ab Rahim Bin Md Noor.

Mesyuarat ini memperbincangkan projek-projek utama JPKK antaranya ialah;

  1. Program High Impact Student (HIS) oleh Bahagian Kebajikan Pelajar 
  2. Projek Homestay Kolej Komuniti Langkawi
  3. Aurasma dan sosial media sebagai ejen promosi JPKK oleh Unit Media dan Promosi
  4. Memperkenalkan lagu baharu JPKK
  5. JPKK sebagai pusat sukan rakyat

Selain itu turut dibincangkan ialah kejayaan yang ditempa oleh kolej komuniti sepanjang 2012 antaranya pencapaian kolej komuniti di Sukipt, kejayaan wakil kolej komuniti di Asean Skills Competition, program khas OKU di Kolej Komuniti Selayang dan akan dikembangkan ke beberapa kolej komuniti yang lain dan Kejayaan kolej komuniti di bidang keusahawanan dan kemampuan kolej komuniti menjalinkan hubungan kerjasama dengan industri seperti Pestariang, Chevrolet, PEDA, NCIA, NCER, IRDA dan banyak lagi.

Datuk Ab Rahim Bin Md Noor
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi
Datuk KSU berharap Kolej Komuniti akan berkembang dan menjadi pusat pendidikan yang penting di Malaysia. Dalam jangka masa panjang Kolej komuniti akan menjadi kitaran yang penting dalam pengajian tinggi. Jika mahu masuk universiti mesti masuk kolej komuniti dahulu. Walaupun lepasan universiti, masih ke kolej komuniti untuk pembelajaran sepanjang hayat.


Menurut KSU lagi kk harus bijak mengendalikan kolej komuniti, apatah lagi kolej komuniti mempunyai jaringan yang sangat luas di dalam Malaysia, KK berada di mana-mana. PRO juga perlu menjalankan teknik promosi yang berkesan, contohnya strategi perang. Ia penting untuk mengubah persepsi masyarakat. KK berpeluang berbuat demikian kerana KK mempunyai hubungan terus dengan komuniti.


Ketua Pengarah pun berjanji akan berusaha ke arah menjadikan kolej komuniti sebagai Melaka. Segalanya bermula di sini, asas pengajian tinggi bermula di kolej komuniti. Malah berjanji dengan sokongan daripada Datuk KSU, dan rakan-rakan strategik kolej komuniti, akan membangunkan kolej komuniti sebagai pusat pengajian yang ternama di Malaysia.







Saturday, 12 January 2013

Sijil Kolej Komuniti Kembali.

Untuk makluman semua, Sijil Kolej Komuniti kembali ditawarkan di kolej-kolej komuniti seluruh negara mulai Julai 2013. Berikut ialah program yang ditawarkan dalam Sijil Kolej Komuniti.
Berikut ialah senarai kolej komuniti pelaksana yang akan menawarkan program di atas.